Tuesday, January 26, 2010

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM B.INGGERIS DIKALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 LUAR BANDAR

Alamat URL:

http://eprints.utm.my/2228/1/3_9.pdf


Sinopsisnya.....


Kajian ini dijalankan bagi menyelidik masalah pengajaran dan pembelajaran matematik dalam B.Inggeris dikalangan pelajar. Perlaksanaan dasar B.Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik telah dilaksanakan secara berperingkat disemua sekolah di Malaysia sejajar dengan perkembangan pendidikan negara. Pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan dasar ini kerana sedar bahawa penguasaan Sains dan Matematik penting dalam era globalisasi. Sebagaimana yang kita tahu, kebanyakan bahan rujukan bagi kedua-dua matapelajaran ini adalah didalam B. Inggeris. Bertitiktolak daripada hal ini, kerajaan telah mengambil tindakan drastik dengan menukar dasar untuk memahirkan pelajar dalam B.Inggeris dan bersedia menghadapi era ini dengan penuh keyakinan.

Seterusnya, kajian ini mendapati kesukaran pelajar menguasai Matematik amat lemah. Kebimbangan menjadi lebih serius apabila matapelajaran ini diajar dalam B.Inggeris. Kajian mendapati banyak masalah berbangkit daripada pelaksanaan dasar itu. Antara masalah yang wujud ialah faktor bahasa pengantar pengajaran guru dalam B.Inggeris, tahap penguasaan B. Inggeris dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, faktor bahasa pengantar dan tahap penguasaan pelajar yang lemah adalah dua masalah utama yang mengekang kejayaan dasar ini.


(harap kawan-kawan semua dapat memberi pandangan dan komen berkaitan kajian ini.....)


3 comments:

  1. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilaksanakan,pelaksanaan PPSMI kurang berjaya terutamanya ke atas pelajar luar bandar.
    Ini disebabkab faktor pelajar yang kurang mahir dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar ini tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru dengan baik disebabkan penggunaan bahasa pengantar di dalam Bahasa Inggeris.
    Hal ini memberi impak kepada pencapaian dan minat pelajar kepada subjek matematik. Pencapaian dan minat pelajar semakin menurun.
    Apa kata Nasihah...?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Pelaksanaan PPSMI ini memberi faedah pada golongan tertentu sahaja sedangkan satu golongan yang lain akan jauh ketinggalan malahan kesannya akan menjadi lebih teruk. Golongan yang mendapat faedah yang baik ialah golongan yang cerdik pandai, yang berada dan yang bersekolah di bandar. Bagi mereka yang bersekolah di luar bandar akan ketinggalan. Ini kerana faktor ekonomi yang tidak mencukupi untuk pelajar mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah dan faktor persekitaran yang menyebabkan mereka memang tidak pandai berbahasa inggeris. Apabila mereka tidak faham dengan penerangan dan nota yang guru beri jadi minat mereka akan hilang. Mereka akan menjadi malas dan seterusnya mereka akan gagal dalam subjek tersebut. Ini merupakan satu masalah besar dalam pendidikan negara kita, kerana itulah kaedah PPSMI ini dikaji semula.

    ReplyDelete
  3. Salam..bagi saya isu PPSMI yang hangat dibicarakan di seluruh Malaysia sudah menemui jalan keluar yang dipersetujui oleh semua pihak. Hasil kajian artikel sepertimana URL yang disediakan telah cukup menunjukkan masalah yang seolah-seolah tidak berkesudahan di kalangan pelajar luar bandar. Faktor Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara dalam P&P Matematik cudah cukup meresahkan mereka. Mata pelajaran yang pada awalnya paling diminati akhirnya menjadi 'killer the interest' di kalangan pelajar luar bandar. Hanya rentetan daripada masalah bahasa, hal ini membawa pula kepada pelbagai masalah lain seperti tidak membuat kerja sekolah,sikap merendah diri,ponteng kelas,dan pelbagai masalah lain yang merisaukan ibu bapa dan pihak sekolah. Kesimpulannya, setelah isu PPSMI berjaya dibatalkan bermula pada 2011, ia sebenarnya satu perjuangan yang berbaloi di kalangan cendekiawan yang melihat daripada semua golongan di Malaysia. Wassalam.

    ReplyDelete